Quantcast
Channel: FZ150i Journey
Viewing all 15 articles
Browse latest View live

FZ Hitam Ku Bawa Pulang

$
0
0
11hb Mac 2013 merupakan hari paling 'luck buat aku. Mana tidaknya, sepanjang hidup aku sebelum ni belum pernah merasa tunggang motor berkuasa kuda yang agak besar. Rasa macam orang paling bertuah dalam dunia bila FZ 150i berwarna hitam aku bawak balik dari kedai.

Sebelum ni aku pergi balik kerja menggunakan motor yang pertama aku beli dengan gaji aku, GT 128. Mujur kedai tempat aku beli FZ tu terima GT 128 dengan hati yang terbuka. Biasa la, motor Malaysia, plate Perak pulak tu. Sebelum ni adik aku ada menyatakan 'kesudiannya' untuk mengambil GT 128 aku, namun aku tolak secara baik kerana motor tu dah terlalu 'gelong' kalau nak diberi kepada orang lain pun. Biarlah kedai yang membaikinya, pandai-pandailah pomen kedai tu buat kerja.

Duduk je atas motor, takde lain dalam kepala. Duk atur macam mana nak tarik clutch, masuk gear, sungkit gear. Mana taknya, ni la dia motor clutch pertama yang aku guna secara official, milik diri sendiri. Sebelum ni pernah la cuba bawak motor 125Z member, tu pun tak sampai 5 minit.

Aku cuba keluar dari kedai di Dengkil, menghala ke stesen minyak berdekatan. Belum pun sempat tokey kedai tu bagi ceramah free dekat aku pasal motor ni, aku dah lepas clutch dan beredar tanpa sempat menoleh kebelakang. Seriau der, first time bawak motor clutch ni, dekat Dengkil pulak tu. Faham-faham je la Dengkil agak sesak sikit, tambah lagi kalau orang baru balik kerja.

Gambar Hiasan

Sampai di stesen minyak Shell, aku tengok banyak pulak motor-motor lain berpusu-pusu nak isi minyak jugak. Mujur la enjin motor tak mati. Kalau tak malu aku. Hehe..

Lepas isi minyak, memang malu tu datang tanpa diundang. First time untuk segalanya punya pasal, aku terkial-kial cari cara nak tutup balik penutup tangki minyak. Aduhai. Tebal muka aku dibuatnya. Kalau hiris dengan pisau confirm tak keluar darah. Nasib aku berjaya tutupkannya lepas godek-godek dengan kunci motor tu. Ahhh..

keluar je dari stesen minyak, aku menghala ke lampu trafik, musuh utama untuk first timer bawak motor clutch macam aku. Apa lagi, hijau je lampu, cepat-cepat aku tarik throttle, konon tak nak biarkan enjin mati. Tapi bila nak masuk gear 2, enjin meraung-raung. Aku dah panik, kenapa la tiba-tiba tak boleh masuk pulak ni.. Ada satu lori kat belakang aku duk hon-hon. Ceh.. Bila aku tenang sekejap, baru aku teringat gear 2 kena sungkit ke atas. Hahaha.. damn..

Jadi sampailah aku di rumah dengan selamatnya pada hari tu, walaupun jadi jugak insiden memalukan lepas aku sampai depan pondok pak guard, boleh mati enjin kat situ pulak. Arghhh.. malu!

So cukuplah coretan aku hari ni. Aku nak lap sikit FZ aku ni. Heheh..

Minggu Kedua Dengan FZ

$
0
0
Ni dah masuk minggu ke-2 aku pergi dan balik kerja dengan motor FZ kesayangan aku ni. Odometer baru cecah 250KM++, meter minyak baru tunjuk separuh tangki. Memang jimat habis FZ kalau nak dibandingkan dengan motor aku sebelum ni, GT 128.

Bab riding pulak, setakat ni memang takde rasa 'menyesal'. Sedap dan selesa, itu je yang mampu aku gambarkan. Riding position memang sesuai dengan badan aku yang agak tough (haha..), tak meletihkan dan feeling engine ketika bawak santai, rasa macam bawak motor besar.

Gambar Hiasan dari sumber Arena Kereta

Bukan taksub, tapi produk Yamaha tak pernah mengecewakan. Jangan kata 135 LC, motor lama bapak mertua aku pun masih lagi bertahan walaupun umurnya boleh kata sebaya dengan aku. Kalau tengok pada rupanya, dah boleh kata standard campak dalam lombong buat tukun.

Apapun perjalanan aku masih jauh. Jauh lagi aku nak kena redah. Pantang motor ni pun tak habis lagi. Harapnya aku boleh jumpa macam-macam benda menarik sepanjang perjalanan ni.

Kalau masih ada yang ragu, beli je la FZ ni sebijik. Pasti tak akan menyesal.

Tayar Baru: Tak Licin Lagi Dah!

$
0
0
Aku baru tukar tayar kat Dengkil. Kedai apa nama entah, kedai Uncle India berhampiran dengan Shell. Kalau orang duduk Dengkil tahulah kedai ni, sebab Shell tu ada satu je tercongok kat tepi tu. Kedai dia ni tak silap aku betul-betul bersetentang dengan pejabat pos.

Aku dah tak tahan dengan tayar Kenda. Bukan manja, tapi tak selamat der. Bawak dalam hujan, hilang confidence level aku yang mencungap bak cendawan. Mana taknya, baru nak belok sikit, turun badan dah rasa lain macam. Licin macam ada belut geli-geli dekat tayar belakang aku. Ceh..


Aku tukarkan tayar depan dengan Duro (bunga ala-ala tayar trek tu), saiz 90/80, belakang tayar Swallow saiz 100/80. Memang terbaik! Cornering rasa boleh cecah telinga! Haha.. Ok.. ok.. takdelah sampai macam tu.. tapi cornering memang lebih selesa dan rasa selamat sikit berbanding sebelum ni. Kalau tayar Kenda, dekat jalan kering pun aku tak berani nak turun lebih-lebih.

Sekarang cuma tunggu jalan basah lepas hujan je. Harapnya tak licin lagi dah macam tayar kenda. Tayar Swallow ni bunga ala-la Maxxis pun ada. Cantik dan menggerutu je bahagian tepi dia. Apa-apa hal kita tengok je la lepas ni macam mana. Lepas habis pantang motor ni kita kasik test satu kali tengok macam manaaa! Haha!

Review: Faito Chain Lube

$
0
0
Quote dari simtradingkarenteo:
FAITO CHAIN LUBE is a specially formulated lubricant that penetrates into chain links and thickens to provide extra slippery, shock absorbing film which reduces chain stretch and the requirement for frequent adjustments. It also protects the chain against the elements for longer chain life, increased reliability and performance.

Aku dah lama beli Faito Chain Lube ni, sebelum beli FZ lagi. Cuma tak pakai sebab nak tunggu dapat FZ baru spray dekat rantai dia. Jadi bila dapat je FZ, aku tunggu agak-agak rantai tu dah kering dan mula berbunyi, aku pun apply la chain lube tu dekat rantai.

Hasilnya, rantai jadi lebih smooth, kurang bunyi, dan perjalanan terasa lebih baik serta lancar. Memang best, sebab minyak ni tak kotorkan rantai, dan paling penting tak bersepah-sepah mengotorkan sport rim.

Masa aku beli dulu harganya agak mahal, RM25. Tapi sebab cari kat kedai lain tak jumpa, aku sambar jugak la. Walaupun harganya boleh tahan mahal, tapi kualitinya bak kata orang tua-tua alah membeli menang memakai.

Asal lepas hujan je aku mesti periksa rantai. Nampak minyak dah mula kering aku sembur terus. Minyak ni elok disembur masa rantai tengah panas, jadi ia akan berfungsi lebih baik bila diaplikasikan pada waktu macam tu.

Setakat ni memang tiada rungutan dari aku. Aku syorkan minyak rantai ni pada sesiapa yang tercari-cari jenama yang terbaik.

P/S: Bukan pandai, cuma nak kongsi maklumat dan ilmu.

FZ150i Review: Kenapa FZ150?

$
0
0
FZ150i: Kenapa pilih motorsikal ini? Kenapa bukan motor yang lain? Blade 250 (N) ke, Blade 250 (R) ke. Ada lagi motor-motor lain yang menepati citarasa tetapi kenapa motor ini yang dipilih menjadi tunggangan seharian?


Pertama sekali, jujurnya aku bukan pakar permotoran, apatah lagi bila melibatkan motor seperti FZ, yang agak 'besar' berbanding motor yang lain, macam 135LC, GT128 dan lain-lain. Tapi kerana minat aku yang mendalam, sebelum beli FZ ni, disebabkan adanya Google, puas jugaklah aku baca review mengenainya dari satu forum ke satu forum, dari satu thread ke satu thread yang lain sampai berpinar mata dibuatnya.

Akhirnya aku bawak balik sebijik FZ warna hitam dengan selamat ke rumah. Kalau ditanya kenapa aku pilih motor ni, sedangkan terdapat pilihan yang lain, maka inilah yang akan aku jawab:

1. Kerana CC yang besar. Ya, 150CC bagi aku sudah cukup (buat masa ni). Dulu aku dah pernah merasa bawa EX5 Class ulang-alik dari Gombak ke Ipoh. Sakitnya badan ni Tuhan saja yang tau. Pernah juga merasa bawa GT128, juga ulang-alik dari Gombak ke Ipoh untuk pulang ke kampung halaman. Sama juga, tiada 'kualiti' dalam 'riding feeling', bila mana badan terasa penat sangat.

Tapi dengan FZ, setakat ni baru saja mula bergerak dari gear 1, perasaan bawa motor dengan satu 'kualiti' tu memang susah nak gambarkan. Bagi mereka yang dah upgrade dari FZ kepada motor dengan CC lebih besar mungkin mereka lebih faham. Tapi untuk orang macam aku yang upgrade dari CC kecil kepada lebih besar ni, perasaan macam ni baru saja 'muncul' dan memang rasa lebih selesa serta puas hati.

2. Fuel Injection: Fuel Injection bukan benda baru pada motor, cuma di Malaysia FZ digelar motorsikal pertama dengan teknologi ini. Bukan teknologinya yang nak aku ceritakan, tapi aku banyak baca review dari forum-forum yang mengatakan betapa jimatnya penggunaan minyak oleh motorsikal FZ ni.

Jadi kalau bab penjimatan, aku tak akan menolak sambil mengatakan tidak. Setakat ni, aku baru isi minyak penuh (RM17) Shell Ron 95, dari hari Isnin berulang-alik ke tempat kerja, mengenjak ke hari Jumaat, Odometer dah menunjukkan 230KM++, meter minyak baru menunjukkan separuh tangki. Awesome..

3. 4 Valve. Aku mula berminat dengan teknologi 4 Valve ni sejak aku kenal dengan sorang kawan yang menggunakan 135LC. Bila aku test drive 135LC untuk pertama kali, memang terus jatuh hati sebab macam yang aku katakan tadi, riding feeling 135LC tu sangat berkualiti, bahasa pasarnya sangat 'sedap' dibawa seolah-oleh sedang menunggang motorsikal berkuasa tinggi.

4. Rekabentuk yang menarik. Kalau nak dikatakan mengenai naked bike ni, memang banyak pilihan. Tapi dalam banyak-banyak tu, FZ paling ramai penggunanya. Tak percaya tengok saja atas jalan. Lepas satu, satu lagi bergerak laju depan mata. Bukan aku bikin statistik mengarut, tapi ini cuma pandangan majazi aku saja.

Seronok tengok orang lain bawa motor ke hulu ke hilir, aku cakap pada diri sendiri, lebih baik kalau aku yang sedang menunggang motor tu. Jadi bila sebut bab rekabentuk, aku memang bertuah sebab dah pun beli FZ versi 'facelift'. Tak pasti tahun bila dilancarkan, tapi tahun 2013 ni baru merasa tengok versi ini digunakan oleh ramai orang. Memang menarik habis!

5. Jenama yang dipercayai. Biasalah, dah merasa pakai motor Made In Malaysia, sekali-sekala teringin juga nak pakai jenama dari negara luar. Yamaha memang tak menghampakan penggunanya. Bukanlah nak kata FZ ni luar biasa, tapi dengan harga yang ditawarkan, aku rasa munasabah untuk kualiti yang diberi.

Kalau nak sebut lagi kelebihan-kelebihan FZ ni memang sakit jari aku dibuatnya (nak taip panjang-panjang). Jadi aku rasa cukuplah dulu setakat ni. Kalau ada lagi pasti akan aku tambah dalam senarai. Jangan fikir panjang lagi, belilah sebijik FZ150i.

Another Day, Another Journey Begin

$
0
0
Masuk hari Rabu ni, genaplah umur motor aku untuk hidup selama 10 hari secara 'official' (hidupnya ia lepas keluar kedai). Aku nak cerita apa pun tak tau, sebab motor belum habis pantang lagi. Tadi aku tengok odometer baru nak masuk 380KM.

Wow. Sedar tak sedar dah nak habis pantang fasa pertama FZ ni (0-500KM - less than 5k RPM). Tak sabar rasanya nak lepas 500KM. Seksa beb nak kena bawak motor 'power' ni cuma 60KM/j je sepanjang masa.

Bangun pagi je, takde lain dah yang aku ingat melainkan duk merancang apa la yang patut aku buat dekat motor ni. Apa yang pasti motor aku kali ni memang aku nak biar standard kilang je. Bukan apa, dah serik dengan pengalaman motor yang lepas. Bikin punya bikin, motor makin sebu, bukan makin laju. Heh..

Lagipun bagi aku tak perlu nak laju-laju sangat. Cukup sekadar selesa untuk tunggangan jarak dekat dan jauh. Bukan nak puji, tapi antara motor moped aku sebelum ni dengan FZ, jimat lagi FZ ni. Aku baru topup RM10 hari Isnin lepas, ni meter minyak masih tak bergerak banyak.

Sebut pasal FZ, aku teringat kat sedaranya, Vixion. Agak-agak model ni masuk tak dekat Malaysia?



Pelan aku seterusnya, aku cuma nak tukar side mirror kepada ala-ala Koso, pasang box dekat belakang, beli baju hujan lain yang lebih berkualiti, kemudian beli full face sebijik. Hmmm.. tak sabar tunggu gaji. Heheh..

Tamat Fasa Pertama Pantang Motor

$
0
0
Yeahhh.. Akhirnya setelah dua minggu motor ni dibawa ke hulu ke hilir, tamatlah sudah 'fasa pertama' pemantangan motor FZ ni iaitu 0-500km - perlu tunggang kurang dari 5000rpm..


Itupun setelah aku berusaha bila pagi pergi kerja, tengahari pulang sebentar ke rumah, tamat waktu rehat kembali ke tempat kerja dan tiba waktu balik, aku pulang semula ke rumah pada waktu petangnya. Hahah.. tapi tak sia-sia apa yang aku lakukan, sebab baru tadi aku cuba kelajuan maksima pada 7500rpm, iaitu lebih kurang 100kmj.

Agak menakutkan sebab pada kelajuan tersebut, terasa 'lajunya', walaupun cuma 100kmj. Enjin terasa sedikit kasar, dan getaran mula dapat dirasakan pada handle. Apapun aku perlu teruskan 'pemantangan' 'fasa kedua' untuk 500-1000km - perlu bawa kurang dari 7500rpm.

Sekarang aku cuma terfikir macam mana la budak-budak FZian lain boleh bawak sampai 160kmj (paling laju setakat yang aku tahu). Aku bawak 100kmj pun dah ketar kepala. Hahaha..

Lepas pantang ni kita tengoklah berapa top speed motor aku ni boleh dapat. Adeh..

How To Ride a Motorcycle (With Clutch)

$
0
0
Begini ceritanya. Nak dijadikan cerita, aku memang tak pernah ada motor yang menggunakan clutch. Kalau pernah bawak motor pakai clutch pun member punya (125Z), itu pun sekejap sangat. Jadi 'pengalaman' tu boleh kata zero, nill, kosong.

Disebabkan FZ150i merupakan motorsikal pertama aku yang ada pakai clutch, maka aku pun apa lagi, buka Youtube, terus taip keyword 'how ro ride a motorcycle with clutch'. Jadi memang macam-macam la hasil carian yang keluar. Dalam banyak-banyak tu, aku tengok siri dari blinkycab ni memang ohsem lah.

Sebab yang pertamanya, sangat mudah difahami oleh newbie, dan yang keduanya memang lengkap dan teratur. Tak percaya cuba tengok sendiri:


Ni pulak aku belajar cara tukar gear dengan lebih 'smooth'. Sebab sebelum ni aku tukar memang terasa macam 'newbie', tak smooth, tak lancar. Bila dah tengok video-video ni, barulah cantik je pertukaran gear.



Harap sesiapa yang baru nak belajar tu bolehlah ambil manfaat dari video ni. Meskipun bukan real life tutorial, sekurang-kurangnya anda boleh dapat sedikit-sebanyak idea macam mana nak bawak motor yang ada clutch ni dengan lebih lancar. Enjoy!

Hari Ride Yang Malang! Disengat Lebah Dalam Hidung!

$
0
0
Arghhh!

Itu je lah yang mampu aku ucapkan. Tengahari ni aku nak balik sekejap, sebab nak makan di rumah. Biasa la, bini belikan makanan kan. Cuma al-kisahnya, masa nak balik tu, aku buka visor sebab nak hisap rokok.

Ride je lah macam biasa, sampai satu jalan nak menghala ke Satay Kajang (Presint berapa entah) malang tak berbau, sekor lebah baik punya laju dari motor aku terus menghala masuk dalam lubang hidung aku. Pedih! Pada mulanya aku sangka habuk rokok, jadi aku tahan je lah!

Sampai di rumah aku tak tahan lagi, sebab hingus dah meleleh. Aku terus hembus keluar, tak peduli lagi keadaan sekeliling, ada orang atau tidak. Betul lah mulanya aku sangka serangga, memang seranggalah yang keluar dari hidung aku ni.

Lebah (tak pasti jantan atau betina) dah siap mati lagi, dengan lelehan hingus pekat berlendir melekat dekat tangan aku. Ni la dia gambar buktinya:


Moral of the story tak kiralah kau bawak motor apa sekalipun, belilah helmet full face satu dan jangan hisap rokok semasa menunggang!

LTD RAM Full Face Helmet

$
0
0
Petang semalam, aku pergi jalan-jalan area Bangi dengan tujuan nak cari helmet Full Face. Sejak kejadian 'lebah' hari tu memang aku dah insaf seinsaf-insafnye. Pusing punya pusing, akhirnya aku sampai la dekat kedai ni:


Bajet aku cuma sekitar RM250. Tengok punya tengok, maka melekatlah mata aku dekat sebijik helmet LTD RAM Full Face yang ditepekkan dengan harga RM180. Belek-belek sikit lebih kurang, aku cakap kat tokey tu aku jadi amek. Bukan sebab murah, tapi sebab dah tak larat sangat nak jalan lagi. Kesan bisa lebah tu buat badan aku jadi lemah.

Haaa.. ni la dia gambar helmet baru aku. Smart dan yang paling penting, tak koyakkan poket:


Gambar dari FB LTD:




Harganya lepas tawar dapat la RM170. Disebabkan ada baki duit dari bajet aku tadi, aku beli baju hujan Givi pulak. Puas hati! Baju hujan tu dapat harga RM100 dari RM120. Kira ok la. Dah lapar punya pasal, terus pergi singgah dekat restoran Nuin (Little Perak). Pekena Nasik Lemak Perak dengan Teh Tarik Ipoh, baikkk punyaaa.


Dah kenyang tu apa lagi, balik laaa.

Pasang Box dan Sampan Pada FZ

$
0
0
Aku berjalan lagi dengan FZ aku hari ni, dengan tujuan untuk mencari kedai yang boleh pasang Under Cowl (sampan) dan Box kat belakang FZ aku ni. Destinasi aku ialah bengkel Max Speed Motorcycles di Dengkil. Ya, kedai yang sama tempat aku beli motor.



Ni gambar-gambar aksesori yang telah dipasangkan pada motor aku:







Coocase Box: RM200 (dengan besi dia tu)

Fork Cover, Under Cowl dan Rear Fender: RM120

Lepas tu aku beli sepasang Gloves jenama Arai (ciplak): RM30..hahaha..

Overall aku puas hati! Kalau nampak motor ni kat mana-mana jangan la segan-silu untuk tegur tuan dia. Chow... Salam..

Side Mirror Koso 'Ciplak' dan Pantang Fasa Kedua

$
0
0
Dapat je FZ, benda pertama yang aku tengok agak tidak 'sporty' ialah side mirror. Dah lama aku aim nak dapatkan side mirror Koso. Tapi disebabkan aku ni malas nak jalan jauh-jauh, maka aku cuma cari di sekitar Dengkil je. Serius malas.

Mungkin sebab aku takde partner yang sama-sama pakai FZ dan sama-sama punyai semangat yang serupa. Jadi semangat nak pergi sana-sini dengan motor ni sorang-sorang agak pudar. Ahhh... malas nak cerita banyak, senang cerita aku ni memang jenis yang perlukan partner untuk tambah semangat kesukanan aku. Heheh..

Jalan punya jalan, aku dah malas nak fikir, aku terus sambar side mirror ala-ala Koso a.k.a ciplak ni.



Kelebihan side mirror ni selain murah (boleh dapat dalam RM25 ke bawah), ia juga menarik pada cerminnya sebab bila waktu siang, tambah lagi tengahari, cerminnya nampak macam ada tinted, warna biru gitu. Tapi bila malam, clear pulak. Aih.. dah macam kaca cermin mata Transitions.

Kelemahannya bila lalu atas jalan yang tak rata, side mirror ni akan bergetar. Walaupun tak teruk sangat, tapi annoying la jugak. Hmmm.. nampaknya aku akan beli side mirror Koso original jugak la jawabnya lepas ni. Yeahhh.. nantikan ia!

Cerita pasal pantang, odometer aku dah cecah 940KM. Wow! Sedar tak sedar dah nak habis pantang dah pun! Aduhai. Seronok ada, pedih pun ada. Seronok sebab aku tak perlu nak bimbang pasal terlebih bawak melebihi RPM yang sepatutnya, pedih sebab poket ni dah banyak rabak. Aku hanya mampu berdoa je lah semoga gaji naik esok hari. Alahaaaiii..

Tamat Pantang Fasa Kedua

$
0
0
Lega! Setelah sebulan cuba menghabiskan 'pantang' motor, akhirnya semalam tamatlah sudah pantang apabila odo mencecah 1000KM.


Servis motor ni pun aku sudah selesaikan dengan menggunakan minyak pelincir Motul 5100 15W-50. Review akan menyusul lepas aku pakai minyak ni sampai dia jadi cair. Sekarang ni tengah duk likat lagi, jadi enjin pun agak berat untuk dapatkan top speed.

Dalam banyak-banyak benda yang aku tengok di kedai, aku perasankan coverset motor lama aku yang dah togel:


Hah. Sayu jugak hati ini. Hmmm.. sebelum aku tutup entri ni, buat korang yang tinggal area Putrajaya, Dengkil, Cyberjaya, kalau kat rumah masih belum ada Water Filter, silalah pasang! Kerana apa? Haaa.. tuuu diaaa.. tengok Ceramic Filter aku ni, yang bawak keluar dari bekasnya untuk dicuci. Water Filter kat rumah aku tu ada 7 jenis filter, dan Ceramic Filter ni salah satu darinya, terletak 'di luar' Water Filter tersebut:


Penuh dengan karat! Boleh jadi punca kanser tu! Selama ni orang cuma pandang rokok je penyebab utama kanser, tapi pada waktu yang sama korang minum air berkarat tanpa disedari. Tak payah nak ceramah bab kesihatan kat aku la kalau kat rumah belum ada Water Filter! Babai!

Adakah Aku Akan Bosan Dengan Motor 150cc?

$
0
0
Ya.. Inilah dia persoalan yang diajukan dalam internet ketika aku tengah sedap layan Youtube. Tajuk asalnya lebih kurang 'Will I Get Bored?' tapi motor yang dia gunakan adalah 250cc (Ninja).

Selama beberapa hari juga aku fikirkan soalan ni. Hmm.. seperti yang kita tahu, di negara-negara luar, motorsikal bawah 300cc mendapat gelaran 'toy bikes' dikalangan penunggang. Kerana apa? Ya, kerana ia underpower.

Motorsikal berkuasa 300cc ke bawah seringkali kurang dipandang, namun masih mendapat reviu-reviu dari vlogger yang berminat dengannya. Cuma 200cc ke bawah dilayan seperti anak tiri. Kadangkala dipandang, seringkali kehadirannya tidak diendahkan.

Tak percaya buka saja Youtube, taipkan kata kunci 'FZ150i Review 2013'. Ada jumpa yang berkaitan? Takde kan.. Paling kurang pun reviu Duke 200 sahaja yang bermaharaja lela. Itupun reviu dari vlogger negara India. Eheh..


Kenapa? Apa puncanya? Tak salah lagi, berkemungkinan motor-motor seperti ini jika diluar negara terutamanya barat ia hanya layak digunakan untuk ke pasar-pasar saja. Hanya kita di sini yang menggunakannya untuk long distance, kenderaan harian ke tempat kerja dan sebagainya. Masakan tidak, big bikes di negara ini harganya super-duper mahal! Tahniah kerajaan!

Jadi berbalik kepada persoalaan entri kali ini, adakah aku akan bosan dengan motor 150cc yang 'underpower' ini? Jawapannya tak. Betul ia memang motor yang kurang kuasa kuda, tapi tak bermakna aku akan bosan hanya kerana ia tak laju!

Sejujurnya, FZ150i ini boleh dikatakan 'sedap' untuk dibawa. Pedulikan 150cc-nya, tapi cuba bawa ia tanpa memperdulikan mengenai cc, 'feel' enjinnya boleh dikatakan bagus dan sukar untuk membuatkan rider menjadi bosan.

Kalau nak dibandingkan dengan penunggang-penunggang yang dah bawa motorsikal 300cc ke atas memanglah sangat tidak adil! Budak sekolah rendah punya minda ke buat perbandingan macam tu?

FZ150i sangat bagus untuk kenderaan harian, tak kira bawa pergi kerja atau digunakan untuk perjalanan jarak jauh, motor ni memang amat baik bagi para penggunanya. Dalam banyak-banyak motor, FZ150i paling kurang dengar mengenai apa-apa 'isu' yang kurang menyenangkan hati dan poket. Jadi selamatkan minda anda daripada gosip-gosip bodoh, FZ150i tetap dihati walaupun kelajuan maksimanya cuma 130kmj GPS!

Ini Adalah Post Percubaan, Mohon Abaikan

$
0
0


Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry.

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book

Lihat Video:



Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industry's standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book

Higher quality

It’s quite simple — the quality of Stories on Instagram is higher than Snapchat. It’s just nicer to watch images and videos that look better.

A feature that I’ve come to like a lot is that it’s possible to take a picture with the built-in camera app, and later decide to share it. This way I always have a high quality version of the image in my camera roll, instead of settling for the low resolution of my Snapchat.

Sumber: Infopantas

Viewing all 15 articles
Browse latest View live